• put your amazing slogan here!

    .::KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN::.




    Kurikulum latihan maktab perguruan dikaji semula


    PUTRAJAYA 7 Julai - Kementerian Pelajaran akan mengkaji semula kurikulum latihan di maktab-maktab perguruan bagi menghasilkan guru-guru yang memenuhi kehendak pendidikan semasa.
    Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi mencapai matalamat itu juga, kementerian akan memberi latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di bawah kelolaan Institut Aminuddin Baki (IAB).
    ``Kita telah putuskan satu kajian terhadap kurikulum sedia ada di maktab-maktab perguruan akan dibuat melibatkan latihan kepada bakal guru atau guru yang sedang berkhidmat.
    ``Perkara ini sangat penting kerana fokus utama kementerian ialah menitikberatkan kepada pendekatan pendidikan secara menyeluruh,'' katanya.
    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelajaran, Sains dan Latihan Australia, Dr. Brendan Nelson di pejabatnya di sini hari ini.




    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    PAUTAN UKHWAH

     

    MASA


    HALWA TELINGA


    GET RADIO WIDGET SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2008/01/radio-ikimfm.html#ixzz22ylCeKTe

    KALENDAR